Slide show

Thursday, April 24, 2008

PERTEMUAN JEJAK SAHABAT

Shah Alam, 24 April 2008. Satu pertemuan dengan seorang sahabat sewaktu bersama di SK Chenderong Balai yang terpisah sejak 1969 (38 tahun), Baharin Daud telah diadakan malam tadi sebuah Restoran di Shah Alam. Aktiviti "jejak sahabat" memang telah dimulakan semenjak saya pulang dari Sabah pada tahun akhir 1999. selain dari mencari sahabat, ia juga memenuhi tuntutan agama. Diantanya hadis yang menunjukan kepentingan menghubung silaturahim untuk mendapat keberkatan rezeki. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w.bersabda yang bermaksud: ” Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya,dipanjangkan umurnya,maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim.”(HR Bukhari).


Turut hadir dalam pertemuan itu Ramli Musa, Ahmad Zainudin Kamsah, Hassan Basri (Jo) dan Hj Basri Hamzah. Dalam pertemuan yang agak meriah, berbagai topik yang telah dibualkan dari kisah mandi dalam parit besar depan SK Chenderong Balai, kisah kena tempeling menggunakan 2 jari (jari telunjuk + jari hantu) olih cikgu Jamaludin yang bersuara kecik, kisah kena denda kerana tak solat Jumaat di mesjid Labu Kubong sehinggalah kekisah tsunami politik negeri "Perak the land of grace" pada PRU12 lalu yang tanpa diduga telah jatuh ketangan PR dengan majoriti 2 kerusi. Ramai yang duka, ramai yang suka dan ada yang terpinga-pinga. Apapun keadaannya, kita kena terima itulah realiti/ risiko berpolitik yang perlu kita hadapi dengan berlapang dada. Orang tua-tua ada berkata "Kalau takut dilabong ombak, jangan berumah ditepi pantai"
Kami tidak mahu mengulas pasal perasaan rakyat negeri Perak TETAPI topik hangat perbualan kami ialah mengenai "Yang Berhormat (YB) InWaiting". Kami rasakan sudah sampai masanya bekas pelajar SMKSACB yang berkemampuan tampil untuk memimpin masyarakat Chenderong Balai sebagai tanda "membalas budi". Ramai diantara kita yang sudah "establish dan punya kualiti kepimpinan" harus diketengahkan di PRU13.
Walaupun PBEPSSA bukan pertubuhan politik dan tidak mahu dipolitikkan, TETAPI PBEPSSA tidak mempunyai kuasa untuk menyekat ahli-ahlinya untuk bergiat cergas didalam mana-mana parti politik yang berdaftar sah di Malaysia. Olih itu, kami menyeru kepada mereka-mereka lepasan SMKSASB untuk tampil kehadapan bagi tujuan membantu membangunkan masyarakat Chenderong Balai khasnya dan Pasir Salak amnya.
Pertemuan hampir 3 jam malam semalam, dimana setiap seorang kami (penganalisa politik warong kopi) menghirup 2 gelas kopi setiap seorang berakhir dengan satu penantian, siapakah "YB InWaiting".

1 comment:

DrH said...

Saudara Kusaini,
Saya setuju cadangan saudara tu.Sudah sampai masanya kita kedepan dan mendepani permasalahan rakyat.Teruskan usaha untuk memantapkan gerak kerja di CB.
Kita mesti ingat bahawa mengundi itu Fardhu Ain , menjadi calun tu Fadhu Kifayah ,membantu calun itu sunat ,berpolitik itu harus,menipu dan rasuah dalam politik itu haram.
Saya ingin meminjam kata-kata cikgu Mat Jaafar (Marjipo..nama jepun beliau)"When you are in power make sure you are powerful other wise you are bloodyful" Saya nak tambah sikit "but remember dont abuse power because if you do you are sinful". Tapi soal dosa pahala ni yang banyak orang tak ambil pusing...maka terjadilah apa yang sedang kita lihat sekarang dalam senario politik BN khasnya.