Slide show

Monday, April 21, 2008

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN

Disekitar tahun 2000, yang pastinya selepas PRU10 saudar Kusaini tiba-tiba muncul di klinik saya. Saya berasa amat terharu kerana selepas kira-kira 25 tahun tidak bertemu dengan tidak disangka-sangka sahabat baik saya semasa di alam persekolahan ini menjelma semula. Pada masa itu beliau baru pindah dari Sabah ke Melaka.

Kami saling bertanya khabar dan berbual mengimbau masa silam. Seronok sekali…tetapi ianya berakhir begitu pantas …tak puas rasanya.

Selang beberapa bulan saya berkunjung pula ke rumahnya di Teluk Mas atas urusan “ Gerakan Reformasi” .

Kemudian beliau berpindah ke Kuala Lumpur tanpa memaklumkan kepada saya. Seterusnya beliau bertugas di Indonesia.

Kami terputus hubungan seketika . Saya cuba menghubungi saudara Kusaini beberapa kali tetapi jawapan yang saya terima adalah , “ The number you have dialed is not in service”. Kini saya tahu jawapannya ... dia ni memang suka menukar sim card…tidak seperti saya yang tidak berminat menukar sim card. No telefon saya sekarang sudah berusia 12 tahun , 3 tahun lebih tua dari anak bongsu saya.

Pada awal tahun 2006 saudara Kusaini menziarahi saya sebagai seorang sahabat disamping ingin mendapatkan khidmat nasihat kesihatan. Ketika itu saya ada menyarankan kepadanya supaya mengadakan reunion dengan rakan-rakan lama dari SMKSA. Beliau bersetuju dan akan berusaha menghubungi rakan-rakan lama.

Hampir setahun kami tidak berkomunikasi…sehingga pada satu hari saya terima panggilan daripada saudara Kusaini. Beliau menyatakan beliau sudah dapat menghubungi beberapa orang kawan aranya Ismail Razak,Fatimah Sham Abdullah, Basri Hamzah, Zaini Suhot,Zaini Sabran, Azhari Omar danYunus Kasir. Saya pula ada bertemu dengan Ishak Ahmad di Melaka.

Berikutan dari itu satu pertemuan dijadualkan untuk merealisasikan hasrat murni ini. Pertemuan diadakan pada 21 Julai 2007 di pejabat Basri Hamzah yang menjadi pengurus di Lembaga Getah Malaysia. Kami membincang dua perkara sekali gus iaitu reunion dan penubuhan PBEPSSA.

Reunion telah diadakan pada 2.9.2007 di Kg Gajah. Pada bulan Oktober pendaftaran persatuan diluluskan dan mesyuarat agong pertama telah diadakan pada hari ketiga raya haji 1428H . Ibadat qurban juga telah diadakan pada hari yang sama.

13 comments:

DrH said...

Saudara Kusaini ,

Mana komen you ?

hjhparidah said...

Sdr DrH
Assalamualaikum wbt
Tahniah kerana telah membuat laman blog ini w'pun sibuk dgn tugas2 di klinik tapi masih sempat mengadap komputer. Oklah buat permulaan. Dah banyak kali cuba hantar komen tapi tak menjadi. Tak biasa buat macam ini. Rasanya dalam artikel sejarah penubuhan tu ada fakta yg kurang tepat. Perjumpaan di P.Salak untuk anak2 merdeka pada 31 Ogos - 1 Sept 2007. Pendaftaran PBEPSSA pada 24 Sept 2007 bukan Oktober. Mesyuarat Agung dwi tahunan pertama pd 22 Dis 2007. No pendaftaran pun molek juga dinyatakan. Nanti bolehlah masukkan gambar2 yg sesuai, senarai AJk dan program2 Pbepssa. Juga macam mana laman ini boleh diwarwarkan supaya boleh disertai oleh lebih ramai bekas pelajar dan menjadi ahli PBEPSSA. Ok dulu utk kali ini.

Pak Kus said...

Sdra DrH,
Assalamualaikum wbt
Terima kasih tolong buatkan laman blog ini. Gambar tu tak berapa jelas.
Nanti aku tambahkan beberapa maklumat persatuan untuk mengisi laman blog ini.

DrH said...

Terima kasih .
InsyaAllah saya akan edit semula dan membuat pembetulan dimana perlu.
Fasal gambar tu kalau ada yang lebih baik harap dapat hantar pada saya .Saya tak ada gambar sebenarnya. Tu gambar u berdua semasa mesyuarat tempoh hari.
Blog ni baru kita bertiga yang tahu.InsyaAllah kalau dah masuk banyak info dalam seminggu dua ni bolehlah kita war-warkan.
Cadangan saya nak masukkan sijil pendaftaran,perlembagaan,senarai ajk dan saya sedang nak format file dalam internet ni.
Saya harap saudara berdua dapat bantu saya dengan memberi maklumat dan jadual aktiviti.
Senarai ahli pun boleh diasukkan.Harap Faridah dapat copy and paste dan poskan dalam blog ni...nanti saya cuba buatkan file dalam blog ni.Sedang buat kajian macam mana nak buat file tu.
Sekian.Wassalam.

Anonymous said...

Sdr DrH,
Assalamualaikum wbt.
Minta maaf sebab email yang dihantar siang semalam mungkin 'tersasar' maklumlah alamat baru manakala malam tadi tak dapt menulis panjang kerana "OT AND HOMEWORK"
Pagi ini saya nak lanjutkan cerita lama. Sebenarnya DrH adalah seorang yang 'outstanding' dalam banyak bidang sejak kami bersekolah di SK Chenderong Balai (1964 - 1969), SMKCB (1970-1972) dan SMK Sri Perak (1973-1974). Selepas itu (tamat SPM), kami bawa haluan masing-masing. Ada yang masuk Tg 6, masuk maktab perguruan (waktu itu dengan 3 credit (SPM) layak mohon masuk maktab), ada yang bekerja, ada yang kahwin dsb. Jadi kami terputus hubungan. DrH adalah 'produk' sulung yang berjaya menjadi Doktor bertauliah. Yang dapat PhD (perasaan hasad dengki)pun ramai juga dan inilah masalah yang ada dimana-mana.
Mengenai PBEPSSA, pembetulan dan fakta-fakta sudah dibuat oleh Paridah yang juga SU PBEPSSA. Jadi tak perlulah saya ulas sebab beliau lebih arif.
Kebanyakan kita (lepasan SMKSACB) yang terdiri berbagai suku bangsa spt Melayu, Jawa, Banjar, Minangkabau, Mendahiling, Kampar dsb yang terkenal dengan sifat juang dan kerajinannya adalah berasal dari daerah yang sama, Chenderong Balai (ms.wikipedia.org/wiki/Chenderong_Balai). Boleh dikatakan semua mempunyai pengalaman yang hampir sama. Kita semua pernah mandi parit yang airnya seperti teh susu terutama selepas hujan, kita pernah berpanas berhujan kesawah yang berlumpur yang kadangkala menjadi mangsa pacat dan lintah, kita pernah sama-sama memancing & 'menggagau' ikan sepat, ikan keli, haruan kadangkala belut juga dan banyak lagi. Pengalaman2 ini memberikan kita satu kelebihan jika dibandingkan dengan lepasan sekolah lain dibandar. Kita semua mepunyai ketahanan mental serta fizikal dan sekiranya kelebihan-kelebihan ini kita manfaatkan, InsyaAllah PBEPSSA akan terkenal keentero dunia.
Olih itu, dengan adanya bolg ini & sekiranya dapat diurus secara consistant, InsyaAllah, Nawaitu pembinaan blog ini dapat direalisasikan. Wallah huak lam.

Anonymous said...

Sdr DrH,
Anonymous = WakKbP = Kusaini Pangat = YDP PBEPSSA 2007/ 2009

Harap maklum.

hjhparidah said...

Sdr DrH,
Macam mana nak hantar gambar melalui blog ini selain dari email? Saya pun baru nak belajar macam mana nak guna blog sebab sebelum ini tak pernah pun buka apa-apa blog. Juga nanti nak masukkan maklumat spt senarai ahli, AJK dsb dan upload apa2 klip video ke nanti. Selepas sempurna nanti bolehlah diwar2kan kepada semua ahli dan bekas pelajar esp generasi muda yg mahir dgn ICT.
Harap PBEPSSA akan terus berkembang dan dikenali dgn adanya blog ini. Wassalam

DrH said...

Paridah,

U anta melalui email nanti saya createkan slot untuk gambar dan video . U tak boleh upload direct ke blog macam tu sebab tak ada perisian untuk itu dalam blog ni.

Wassalam

HJHJNYDP said...

Assalamualaikum

HJHJNYDP said...

Tahniah kerana tlh menyediakan blog utk semua rakan PBEPSSA semoga silaturrahim terus dibina disamping kita semua akan dpt berbakti kpd sekolah yg mana kita sama2 pernah menerima ilmu...teruskan usaha yg murni ini...jgn lupa Majlis yg kita akan adakan nanti..semoga sukses

HJHJNYDP said...

Assalamualaikum wbt..Utk rakan2 bekas pelajar SMKSA Chenderong Balai , Telok Intan di utara , jika inginkan makluman mengenai PBEPSSA sila hubungi saya HJHJNYDP (Hj.Jamaludin) 019-4654244/017-2535382/05-7210663.

DrH said...

Waalaikumussalam wbh,

Terima kasih kerana mengunjungi ke blog ini. Selalu -selalulah berkunjung ke sini.Minta email address sdr sebab saya nak register sebagai penulis blog ini.

Unknown said...

Sdr Dr Hamzah,

Boleh register saya sebagai penulis blog. email address: elziani@hotmail.com