Dalam kehidupan kita bergaul dengan lapisan masyarakat serta banyak tajuk-tajuk yang dibincang dan dikupas, biasanya topik perbincangan akan mengikut suasana. Umpamanya sewaktu plihanraya, dimana-mana akan bercerita pasal pilihanraya. Begitu juga dengan topik terhangat waktu ini, "penghinaan terhadap raja". Dimana-mana kedai kopi, pejabat, stesen bus, dalam teksi dan tidak lupa di media-media cetak dan media mesin.
Tetapi kadangkala kita (tak kira peringkat umur) akan lupa malah tak tahu bila di ajukan soalan-soalan yang dikira berkaitan dengan kehidupan kita sebagai seorang Islam.
Ada persoalan besar yang menghantui diriku selepas menghadiri kuliah zohor di surau semalam. Satu persoalan kadang-kadang kita mungkin terlepas pandang. Penceramah seorang ustaz yang masih muda lagi. Muda dari aku lagi. Uhuk, segan aku kat dia pasal rasanya ilmu dia dengan ilmu aku macam langit dan bumi.Kata dia umat Islam cakap cinta kepada Rasul. Cinta kepada nabi kita Muhammad S.A.W. So, ada beberapa soalan cepu emas yang dia tanya kat kita orang. Antaranya :-
1. Berapa orang isteri nabi ? Sila senaraikan nama-nama ummi-ummi mukminin ni.
2. Berapa orang anak nabi? Sila senaraikan nama-nama mereka.
3. Anak-anak nabi ni lahir dari ibu yang mana? Senaraikan.
4. Nabi kahwin semasa umur Siti Aisyah berapa tahun?
Okey, so sesiapa yang prihatin dan kasih serta cinta kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, sila lah jawab soalan-soalan di atas. Takkan kita sibuk-sibuk nama artis je kot. Rajin-rajin la surf internet tu atau buka-buka kitab serta bertanyalah kepada ustaz-ustaz.
Kepada yang tahu, sila berikan jawapan untuk dikongsi bersama. Dapat juga pahala.
Thursday, May 15, 2008
Sekadar nak tahu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya berpendirian lain.Kalau kita cinta Rasul kita ikut apa suruhannya.Patuh ajarannya.Jangan tinggal salawat keatasnya.Ambil contoh daripadanya.Berazam untuk menziarahinya diMadinah.Sekadar mengetahui nama isteri dan anak-anak baginda seoarang kafir pun boleh melakukannya.Para Orientalist ada yang hafaz quran dan hadis tetapi mereka semua musuh Allah dan Rasul.Kita boleh mengingati nam-nam itu hari ini,besok lusa.Tapi kita mungkin akan lupa seminggu kemudian...tak bermakna kita tak cinta dan sayang Rasul.Semua itu kita boleh rujuk dimana-mana sumber dalam internet banyak.Dahulu saya sudah baca tafsir Pak Hamka surah AnNisa Juzu 5 ..ada dijelaskan nama -nama isteri rasul satu persatu detail sekali.api hari ini saya tak dapat mengingati semuanya.Ustaz tu pun kalau sebulan dua lagi kalau dia tak mengajar subject yang sama dia akan lupa juga .Ini adalah sifat hamba yang lemah..so jangan gusar you boleh rujuk mana-mana sumber susah-susah you buka je wikipedia insyaAllah ada..tapi kena banding juga dgn sumber lain.Wallahua'lam
Post a Comment