Sanggupkah Kita Buat Begini?
'Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya
membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya...'
Ustaz bertanya 'Adakah saudara sudah berkahwin?'
Pemanggil menjawab 'Belum Ustaz'
Ustaz menjawab 'Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu
saudara'...
Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran
jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu
dan
berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu. Alangkah
bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.
Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh
anak
lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah
kampung.
Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas
berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak
tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik handbrake
keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib
kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia
mula
menjejaki anak tangga, 'Subhanallah!'
Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman
rumah.
'Mak sakit perut rupanya,' bisik hatinya. Tanpa berlengah segera
disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan.
Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.
Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib
terkocoh-kocoh
sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam
langkah
yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.
Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop
bersih,
seperti hilang akal sejenak. Tak sembahyang Maghrib ke?' Tanya ibu
kepada si
anak dalam keadaan serba-salah. Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu
di
jamak takhir dengan Isyak nanti.' Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan
masih
memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus
memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji
syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari,
dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan
najis
ibunya pula hari ini.
'Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang
soleh,
dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu....
aku
bersyukur pada mu Ya Allah!' sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.
Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat
kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam
hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan
oleh
Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan
oleh Allah SWT.
Hadis Nabi saw:
'Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua
mereka,
tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT'
' Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.
Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu
menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'
*Hukamah*
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA
DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH
KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN
BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING
MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN
BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu
berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan
kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
Saturday, June 07, 2008
Sanggupkah Kita Buat Begini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment