Slide show

Monday, April 28, 2008

HARI KELUARGA PBEPSSA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi. Semalam, 27 April 2008, saya dan Ahmad Zainudin Kamsah (AZK) bersama isteri masing-masing telah menjamu selera di Restoran Ali Sara (restoran ala thai), Puchong Indah. Seperti biasa, banyak perkara yang dibualkan tetapi yang menarik ialah cadangan untuk mengadakan perhimpunan hari keluarga serta dijadikan aktiviti tahunan bagi mengeratkan silaturrahmi ahli-ahli PBEPSSA.

Diantara acara yang diadakan pada tahun 2007
Kalau pada tahun 2007, hari keluarga yang diadakan pada 31 Ogos dan 01 Sept 2007 di Pasir Salak Resort hanya untuk teman-teman yang lahir pada tahun 1957, tetapi pada tahun ini dicadangkan agar perhimpunan keluarga yang lebih besar (terbuka kepada semua ahli-ahli PBEPSSA) dalam jangka waktu yang lebih lama, dipercayai dapat memberikan lebih kepuasan berinteraksi dikalangan rakan-rakan yang telah lama terpisah.

Tarikh yang dicadangkan; 30 Ogos 2008 (Sabtu) hingga 01 September 2008 (Isnin)
Tempat; Dusun Eco Resort, Hulu Langat atau Janda Baik, Pahang.
Pengisian; Sukaneka untuk kanak-kanak, sekaneka untuk ahli-ahli serta pasangan dll

Memandangkan perhimpunan yang dicadangkan adalah untuk pertama kali dalam sejarah PBEPSSA, penulis mohon pandangan teman-teman sekelian agar perancangan boleh dimulakan dari sekarang. Manfaatkanlah hari cuti bersama keluarga kalian sambil mengeratkan silaturrahmi diantara kita semua yang dikira "satu kampung".

1 comment:

Unknown said...

Assalamu'alaikum....Pada peringkat awal ini saya suka sekiranya hari keluarga dibuat berhampiran dengan kampung kita. Contoh di Kg Gajah atau lain2nya. Perkara utama adalah untuk mengumpul ahli / rakan-rakan sekolah. Tiada erti buat jauh2 sedang komitmen kurang. Di pekan2 atau di distinasi yg berhampiran dengan tempat sendiri, akan memberi kesempatan rakan-rakan balik kampung. Moga dengan itu matlamat untuk menghimpun banyak penyertaan dapat dicapai. Wallahuaklam...