Slide show

Thursday, May 01, 2008

Syabas dan tahniah DrH kerna berjaya mencuri masa membina setapak lagi kemajuan atas nama PBEPSSA. Rentetan drpd pertemuan2 bersiri kita, secara tidak langsung menambahkan keyakinan diri saya yang sebelum ini dilanda rasa rendah diri yang amat sangat, berikutan kegagalan untuk sampai ke menara gading.Saya yang hanya berkelulusan sekolah atap rembia, amat malu untuk bertemu rakan-rakan lama yang rata-rata menggenggam segulung ijazah, tambahan pula ada di antara mereka di tangga JUSA. Tetapi naluri ingin bersua melonjak-lonjak, membara untuk membongkar kembali nostalgia yang hampir lapuk ditelan usia. Sekian lama kita hidup bersandarkan kenangan, berbantalkan pengalaman, kini tidak tergambar kegembiraan dan tersadar dari lamunan bahawa kelmarin adalah gedung memori yang penuh leka, semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda, hari ini adalah kenyataan dan penentu siapa kita, esok adalah khayalan yang belum pasti nyata, lusa ibarat nada yang iramanya masih belum tercipta. Kita berehat sebentar, jangan kemana-mana, bicara akan diteruskan pada hari esok, andainya esok masih ada.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah & Syukur kerana telah muncul seorang lagi kolumnis yang berjiwa seni kedalam blog yang pastinya akan memberikan 'nilai tambah' buat blog ini.

Kehidupan adalah sesuatu yang perlu kita hargai kerana setiap saat yang berlalu tidak akan kembali lagi. Jadi cubalah untuk hargai apa yang ada disekeliling kita walaupun ianya bukanlah sesuatu yang kita impikan. Ingatlah, hidup tidak seindah impian...

Adakalanya, kita rasakan apa yang kita ada bukanlah yang terbaik untuk kita. Sebenarnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Ketahuilah, segala yang kita ada sekarang adalah yang pemberian yang terbaik dariNya.

Impian bukanlah hanya indah di dalam diri tetapi ianya akan menjadi lebih indah sekiranya impian dijadikan target untuk dicapai dengan usaha tanpa jemu dan bersedialah untuk gagal dalam usaha mengejar sebuah impian. Kegagalan itu adalah suatu kejayaan kerana dengan kegagalan sebenarnya kita telah mendapat sesuatu yang berharga dipanggil pengalaman...

Mari kita sama-sama hayati kata-kata Pujangga dibawah ini:

1. "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

2. "Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

3. "Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah
ditempuhinya."

4. "It is not a mountain that we conquer but ourselves" - Edmund Hillary

Wallahu aklam.