Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi.
Berikutan terpaparnya notis penting di dalam blog ini, selaku Yang DiPertua PBEPSSA, saya ingin MENGESAHKAN kebenaran maklumat tersebut. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan, alasan pertukaran tersebut tidak dapat saya jelaskan disini. InsyaAllah, perkara tersebut akan diperjelaskan di dalam mesyuarat AJK kelak.
Segala perancangan yang telah dipersetujui akan berjalan seperti dirancang malah tindakan-tindakan yang berkaitan dengan pertukaran tersebut telah pun dilaksanakan. Diharapkan pertukaran ini tidak akan melemahkan gerak kerja kita, tetapi anggaplah ianya sebagai salah satu cabaran. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas komitmen/ kerjasama yang ditunjukan oleh semua pihak bagi memastikan majlis ini berjaya.
Kita merancang, Allah yang menentukan.
Segala kesulitan amat dikesali dan saya ingin memohon maaf.
Sekian dimaklumkan.
Kusaini Pangat
Saturday, May 03, 2008
PERTUKARAN TARIKH DAN TEMPAT MAJLIS MAKAN MALAM AMAL PBEPSSA
Friday, May 02, 2008
Hari ini dalam sejarah
Tahun 1970, dalam usia awal remaja - 13 tahun, tingkatan 1B di SMKSA Chen. Balai, dibawah pimpinan Cikgu Raja Abu Bakar.
Remaja hanya sekali, kenangilah detik-detik kenakalan kita dan hitunglah tahun-tahun persekolahan kita.
10 orang pelajar didalam gambar ini telah mendaftar sebagai ahli PBEPSSA. Syabas, semoga tautan persahabatan kan berkekalan.
Thursday, May 01, 2008
Syabas dan tahniah DrH kerna berjaya mencuri masa membina setapak lagi kemajuan atas nama PBEPSSA. Rentetan drpd pertemuan2 bersiri kita, secara tidak langsung menambahkan keyakinan diri saya yang sebelum ini dilanda rasa rendah diri yang amat sangat, berikutan kegagalan untuk sampai ke menara gading.Saya yang hanya berkelulusan sekolah atap rembia, amat malu untuk bertemu rakan-rakan lama yang rata-rata menggenggam segulung ijazah, tambahan pula ada di antara mereka di tangga JUSA. Tetapi naluri ingin bersua melonjak-lonjak, membara untuk membongkar kembali nostalgia yang hampir lapuk ditelan usia. Sekian lama kita hidup bersandarkan kenangan, berbantalkan pengalaman, kini tidak tergambar kegembiraan dan tersadar dari lamunan bahawa kelmarin adalah gedung memori yang penuh leka, semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda, hari ini adalah kenyataan dan penentu siapa kita, esok adalah khayalan yang belum pasti nyata, lusa ibarat nada yang iramanya masih belum tercipta. Kita berehat sebentar, jangan kemana-mana, bicara akan diteruskan pada hari esok, andainya esok masih ada.
Monday, April 28, 2008
HARI KELUARGA PBEPSSA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi. Semalam, 27 April 2008, saya dan Ahmad Zainudin Kamsah (AZK) bersama isteri masing-masing telah menjamu selera di Restoran Ali Sara (restoran ala thai), Puchong Indah. Seperti biasa, banyak perkara yang dibualkan tetapi yang menarik ialah cadangan untuk mengadakan perhimpunan hari keluarga serta dijadikan aktiviti tahunan bagi mengeratkan silaturrahmi ahli-ahli PBEPSSA.
Tarikh yang dicadangkan; 30 Ogos 2008 (Sabtu) hingga 01 September 2008 (Isnin)
Tempat; Dusun Eco Resort, Hulu Langat atau Janda Baik, Pahang.
Pengisian; Sukaneka untuk kanak-kanak, sekaneka untuk ahli-ahli serta pasangan dll
Memandangkan perhimpunan yang dicadangkan adalah untuk pertama kali dalam sejarah PBEPSSA, penulis mohon pandangan teman-teman sekelian agar perancangan boleh dimulakan dari sekarang. Manfaatkanlah hari cuti bersama keluarga kalian sambil mengeratkan silaturrahmi diantara kita semua yang dikira "satu kampung".